KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia, TYT.Encik Ary
Norton de Murat Quintella di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam
pelbagai bidang di antara negara Brazil dan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Ary Norton yang tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu, kecantikan pantai dan
pulau di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu turut dibawa oleh Hajiji meninjau keindahan
pemandangan dari tingkat 33 Menara Kinabalu.-pr/BNN