KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N39 Tambunan menyampaikan sumbangan kewangan kaamatan kepada tujuh mukim merangkumi 118 buah kampung di daerah Tambunan.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh ketua penaja bahagian PGRS N39 Tambunan, Dato Victor P Paut kepada pengerusi-pengerusi berkenaan bertempat dipejabatnya, di Kepayan Ridge, disini pada Isnin.
Beliau turut menyumbang komputer riba dilengkapi mesin pencetak (printer) untuk  kegunaan pejabat JPKK  kepada pengerusi JPKK Kg. Lintuhun Tambunan.
Berucap di majlis itu, Victor berkata, sumbangan berkenaan bertujuan untuk membantu menjayakan program kaamatan yang bakal dianjurkan oleh tujuh mukim berkenaan sempena perayaan kaamatan tahun ini.
“Seperti yang kita sedia maklum penganjuran sesuatu program kebudayaam atau kemasyarakatan memerlukam perbelanjaan yang agak tinggi.
Sehubungan itu, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan  kekangan yang dihadapi mereka,”
Bercakap kepada pemberita kemudian, Victor berkata, sumbangan berkenaan merupakan komitmennya untuk membantu dan memastikan sesuatu program kebudayaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
“Ia selari dengan perjuangan dan hala tuju Kerajaan Hari ini yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membela rakyat,” katanya.
Pengerusi kaamatan  tujuh mukim peringkat daerahTambunan yang hadir terdiri Larry Robert Okou (pengerusi Mukim Lintuhun), Stepenie Lazarus (pengerusi Mukim Nambayan, Cyril Stephen (pengerusi Mukim Toboh), Boniface G. Mool (pengerusi Mukim Patau),  -lJaikoh Gabi (pengerusi Mukim Sunsuron), Angeline Edwin (pengerusi Mukim Monsorulung) dan Iqbal (pengerusi Mukim Kirokot sertai Victor James Ampang ( mewakili pengerusi JPKk Kg. Lintihun.
Kesemua mereka melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Victor atas sumbangan berkenaan.-pr/BNN