KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, mengagihkan bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan di tiga buah hospital di sekitar Kota Kinabalu iaitu Hospital Queen Elizabeth (QEH); QEH2 dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
Sabah.

Beliau diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin dan ahli-
ahli MUTIARA GRS.-pr/BNN