KOTA KINABALU : UMNO perlu  menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran bagi membolehkan parti berusia 77 tahun itu kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata UMNO bukan sebuah parti lahir di jalanan tapi ianya lahir dari jerih perih pemimpin terdahulu dari menunutut kemerdekaan sehinggalah negara menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
“ Sejarah perjuangan UMNO telah  melalui perjalanan yang panjang pelbagai liku dan cabaran telah ditempuhi  yang perlu dihayati dan disyukuri oleh agli-ahli parti khususnya generasi muda dan sehingga kini parti keramat ini masih mampu bertahan” katanya dalam perutusan beliau sempana sambutan Ulang tahun UMNO ke 77 hari ini.
Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata dalam kontek UMNO Sabah yang kini menjangaku usia 33 tahun bertapak di bumi bawah bayu telah banyak membawa kebaikan kepada negeri ini meskipun ada pihak dengan sainis menafikanya.
Beliau berkata, UMNO memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini dengan tumpuan terhadap aspek pembangunan dan pembaharuan ke arah kemajuan negeri.
“Kita mencapai banyak kejayaan walaupun banyak halangan. Selama tempoh 28 tahun menjadi kerajaan di Sabah banyak pembangunan untuk kesejahteraan rakyat telah UMNO perjuangankan tiada siapa boleh menafikanya” katanya
Menurut Bung ianya  jelas memperlihatkan UMNO berjaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Sabah dengan fokus dalam aspek pembangunan dan pembaharuan sambal tidak menyangkal masih ada keperluan pembangunan yang perlu diperjungankan
Bung berkata, walaupun UMNO kini bukan lagi parti tunjang kerajaan negeri, namun DNA parti itu masih wujud dalam pemimpin yang mengetuai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Ketua Menteri Sabah ketika ini (Hajiji) ada DNA UMNO. Ketua Menteri Sabah sebelum ini pun (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) ada DNA UMNO walaupun berlainan parti,” katanya.
Beliau berkata, walaupun UMNO  Sabah ketika ini diketegorikan seperti parti pembangkang bertentangan arus dengan konsep kerajaan perpaduan di peringkat Pusat  perkara tersebut  tidak menjejaskan perjuangan parti itu untuk membela rakyat.
Ketika ditanya cabaran UMNO Sabah ketika ini Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berkata selain cabaran adanya usaha pihak tertentu  mengakang kemaraan UMNO cabaran yang tidak kelihatan ialah cabaran dalaman dari pemimpin UMNO yang bersikap seperti gunting dalam lipatan.
“ Perkara ini sudah berlaku ini kerana pemimpin berkenaan hanya lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari kepentingan parti dan ahli kerana itu prinsip perjuangan dan kesetiaan mereka bersama UMNO mudah diperkosa” katanya.
Bung berkata tindakan mereka sedikit pun tidak mengugat kekuatan UMNO Sabah, keyakinannya sokongan akar umbi UMNO Sabah kekal kukuh dalam memastikan kesinambungan perjuangan UMNO di Sabah terus relevan
“UMNO tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang lahir 77  tahun lalu dan 33  tahun bertapak di Sabah, ia perlu tetap relevan dan menjadi parti pilihan rakyat.
“Kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran kerana sehebat manapun kita, jika tidak mahu melakukan perubahan, kedudukan parti ini akan tergugat . Keutamaan kita ialah memperkukuhkan parti di semua peringkat kekuatan  perpaduan serta jalinan Kerjasama yang kukuh di kalangan semua pemimpin perlu diterjemahkan dalam konsep kerja berpasukan bagi menantukan sologan
“ Umno dulu dan selamanya “ relevan sampai bila bila” katanya.-pr/BNN