Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima Buku Laporan
Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021-2025) Tahun 2022 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri
Panglima Sr.Haji Safar Untong di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.

Hajiji pada Rabu berkata, Sekretariat SMJ telah mengeluarkan dua laporan iaitu
laporan tahunan pencapaian sepanjang dua tahun Pelan Pembangunan SMJ dan
Laporan Pencapaian Inisiatif Tahun 2022, yang memaparkan perincian “report card” dengan markah pencapaian.

Kedua-dua laporan ini boleh diakses melalui portal
Sekretariat Sabah Maju Jaya: smj.sabah.gov.my.

Katanya, sebuah buku juga telah diterbitkan dan Sekretariat SMJ akan mengedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dalam tempoh terdekat.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Awam Negeri/Timbalan Ketua Sekretariat SMJ, Encik Ramlee Hj Kariah dan pegawai
Sekretariat SMJ. – pr/BNN