KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar  Untong, mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan akbar, beliau berkata adalah menjadi amalan Kerajaan Negeri Sabah bertanggungjawap menyediakan kemudahan kenderaan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berbahagia isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VVIP ke Negeri Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut, katanya.

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu. Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan  Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail.-pr/BNN