BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noo dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R. M. Jasni. Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sulta Haji Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang
Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. -pr/BNN