BELURAN: Enam buah pertubuhan kebajikan di Beluran masing-masing menerima sumbangan RM5000 daripada Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri
Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni sempena Majlis Lawatan Amal
ke Institusi Kebajikan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Beluran.

Pertubuhan itu ialah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Pertubuhan
Warga Emas Labuk & Sugut (PAWE), Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK),
Pasukan Pelindung Kanak-kanak (PPKK), Pertubuhan Sukarelawan & Kebajikan
(SJKM) dan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak (PMKK).

Norlidah diiringi oleh Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag
dan Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Norlidah dan Juliah turut menyampaikan saguhati dan sumbangan kepada seramai 70
orang kanak-kanak di majlis itu.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Encik Samad
Jamri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Encik Jonnybone J Kurum,
Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,
Datuk Sr.Lee Chun Khiong, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri,
Encik Jais Asri dan Pegawai Daerah Beluran, Encik Roger Appolonius.

Terdahulu Norlidah dan Juliah mengadakan ziarah amal ke rumah-rumah orang
kelainan upaya (OKU) di Taman Sungai Labuk dan menyantuni kanak-kanak istimewa
di Kelas Program Pendidikan Khas Integerasi, Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran.

Menyertai rombongan Juliah ialah Naib Yang Di-Pertua I MUTIARA GRS, Datin Seri
Panglima Cecilia Edwin Kitingan, Naib Yang Di-Pertua II, Datin Linda Ewin, Naib Yang
Di-Pertua III/ Setiausaha Kehormat MUTIARA GRS, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd
Saufi dan Pengerusi Biro Rumah MUTIARA GRS, Datin Hajah Noriah Haji Pg Ahmad.

Sementara itu, Juliah yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS menghadiri Malam
Mesra “Kelibatnya Anggun Kelihatan” di Amadeus Sabah Hotel pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada MUTIARA GRS sebanyak RM1000 masing-masing kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Manakala Tabung Kasih PUSPANITA Negeri Sabah turut memberi sumbangan RM500
kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua
Sri Harapan Sandakan.-pr/BNN