KOTA KINABALU: Setiap parti politik ada prinsip terasnya. Prinsip teras SAPP mengenai MA63 dan autonomi Sabah sangat jelas, kata Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP.
Dalam satu kenyataan beliau berkata Menteri Phoong patut tahu, hak untuk menjelaskan dasar parti seseorang bukanlah monopoli eksklusif DAP.
“Saya bercakap dengan ahli parti saya pada mesyuarat agung tahunan cawangan parti. Ahli parti kami yang setia dan berdedikasi berhak mengetahui pendirian parti.”
“Kami sudah tentu akan saling berhubungan dengan rakan kongsi kami dalam GRS. Seperti kata Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, itu adalah satu perkara (cadangan GRS untuk bertanding kesemua 73 kerusi) yang sepenuhnya untuk SAPP dan rakan kongsi kami dalam GRS. Menteri Phoong tidak patut campur tangan.
“Berita mengenai SAPP bertanding atas simbol GRS dan calon GRS tidak ada kena mengena dengan Menteri Phoong. Kenapa reaksi dia keterlaluan?”-pr/BNN