TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di semua peringkat memperkemaskan bahagian masing-bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presiden Gagasan Rakyat itu berkata paling penting adalah untuk memperbanyakkan
keahlian parti selain menubuhkan cawangan parti di semua bahagian.

“Pada masa ini, Gagasan Rakyat mempunyai lebih 200,000 keahlian dan menjelang
hujung tahun ini, keahlian akan mencecah 300,000 orang. Saya yakin selepas perhimpunan agung selesai, Gagasan Rakyat akan menjadi satu parti yang kuat di
negeri ini.

“Justeru, adalah penting untuk memperbanyakkan keahlian partii selain menubuhkan
cawangan parti di semua bahagian. Untuk menguatkan parti, kita perlu mempunyai ahli
yang ramai dan cawangan yang banyak.

“Selain itu, menjadi harapan saya agar pimpinan parti di semua peringkat
memperkemaskan bahagian masing-bahagian masing-masing sebagai persediaan
menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra bersama pemimpin dan ahli Gagasan
Rakyat Bahagian Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini pada Ahad.

Hajiji juga mahu semua bahagian parti perlu menjadi kuat kerana hanya dengan kekuatan saja pelbagai cabaran boleh dihadapi.

“Inilah harapan kita dan kehendak ahli serta rakyat Sabah iaitu kita mesti menggunakan
platform parti tempatan. Kita akan terus berjuang bersama rakyat agar dapat membangunkan Sabah dengan lebih teratur dan rancak.

“Keputusan kita untuk menubuhkan parti local (tempatan) adalah tepat dan baik untuk
masa depan negeri ini,” katanya yang turut menyatakan rasa gembira dapat hadir pada
majlis santai berkenaan.

 

Dalam pada itu, Hajiji berkata Gagasan Rakyat akan mengadakan perhimpunan agung
pertama parti pada bulan November ini di Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, beliau turut menerima borang keahlian baharu Gagasan Rakyat daripada Bahagian Balung; Apas; Sri Tanjung; Kukusan; Tanjung Batu; Merotai dan Sebatik.-pr/BNN