KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di
pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa. Amirudin mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Selangor seramai 160 orang terdiri daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, GLC, Pegawai-Pegawai

Daerah mengadakan lawatan kerja 4 hari ke Sabah bermula 21 Januari 2024. Hadir sama pada kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Timbalan Peguam Besar Negeri (2), Puan Suzumaidah Haji Hussain .

Rombongan Amirudin terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris Kasim, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dato’ Salim Soib dan
Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin. Amirudin juga menghadiri Program Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa. -pr/BNN