KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan ,Puan Sri Faridah serta keluarga menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah suami tercinta, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.
“Kami berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang orang yang beriman dan beramal soleh. Sebagai Pemimpin negeri berjiran, saya dan Tun Pehin Sri mempunyai hubungan yang sangat erat khususnya  dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai  Ketua Menteri untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Pada hemat saya, Allahyarham Tun Pehin Sri merupakan seorang Pemimpin yang sangat berpengelaman dan fokus untuk memajukan Sarawak.”
Katanya, pemergian Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Sarawak bahkan kepada Malaysia keseluruhannya.
Semasa hayatnya, Pehin Tun Sri Abdul Taib telah mencurahkan tenaga dan buah fikiran terhadap pembangunan Sarawak dan memberikan sumbangan besar dalam  usaha menyatupadukan rakyat berbilang suku dan kaum di negeri Sarawak khasnya dan negara Malaysia amnya.-ends