PAPAR: Sebanyak 42 buah kampung, tujuh sekolah, tujuh taman perumahan dan tiga rumah ibadat dalam daerah Papar yang membabitkan 150,000 penduduk terjejas bekalan air akibat kemarau.
Menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Papar, Mohd Fuad Abdullah Kampung yang terbabit ialah Kg Kuala, Kg Bundusan, Kg. Seri Menanti, Kg Kawang, Kg. Kuala 2 Kinarut, Kg. Berundong, Kg. Belalait, Kg. Benoni, Kg. Pengalat Kecil, Kg. Kuala, Kg. Melugus dan Kg. Kelanahan serta Kg. Baun Sumbiling. Kg. Punson, Kg. Sulim, Kg. Ulu Sapat, Kg. Limputong, Kg. Langkuas, Kg. Titimboungon, Kg. Mook, Kg. Tampasak, Kg. Ulu Sabandil, Kg. Rampazan, Kg. Labak, Kg. Kogopon dan Kg. Purak juga terjejas.
“Selain itu, Kg. Tanaki, Kg. Ovai, Kg. Buang Sayang 1, Kg. Buang Sayang 2, Kg. Timbangan, Kg Melugus, Kg. Kuala Dalam, Kg. Padang Pulasan, Kg. Bambangan, Kg. Kelanahan, Kg. Sabuk Kinarut, Kg. Lapasan Kinarut, Kg. Somboi Kinarut, Kg. Anak Kinarut, Tanah Perkuburan Pangkalan Besar Melugus dan Kg Seri Menanti juga mengalami masalah bekalan air.”
Menurut beliau, sekolah-sekolah yang turut mengalami masalah air ialah, SMK Kinarut, SMK Majakil, SMK Benoni, SAN Kuala, SK Kuala, SK Pekan dan SK Pantai Manis.
Kawasan taman perumahan dan rumah ibadat tidak terkecuali dalam masalah air ini. Taman Villan Anggun, Perumahan Kelanahan, Taman Rosejaya, Taman Buang Sayang. Perumahan Kuala 1, 2 dan 3, Taman Sayang, Perumahan Kelanahan, Masjid Kg Pengalat Kecil dan Masjid Sungai Padang serta Gereja Kg Limbahau juga mengalam gangguan bekalan air.
Operasi menghantar bekalan air bersih dijalankan di empat kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu SK Pantai Manis, Kg Timbangan, Palm Condominium dan Gereja Kg Limbahau.
Penghantaran bekalan air bersih melibatkan aset serta logistik daripada jabatan serta agensi terlibat seperti Jabatan Air Negeri Sabah – 7 buah lori tanker 10,000 liter, Majlis Daerah Papar – sebuah lori tanker 10,000 liter, DUN Limbahau – sebuah lori tanker 20,000 liter (Lokasi : Balai Raya Ulu Sapat), DUN Pantai Manis – sebuah lori, DUN Kawang – 3 buah lori, PARLIMEN Papar – 2 buah lori, Jabatan Kerja Raya – 2 buah lori 3 Tan
dan Jabatan Bomba dan Penyelamat – sebuah lori (rescue tender)
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar melaporkan satu kejadian kebakaran lalang berlaku pada hari ini di SK Agama Sekayan, Pengalat Besar melibatkan kawasan seluas dua ekar kira-kira jam 12.07 tengah hari, pada 15 March.
BBP Papar juga merekodkan sembilan kes kebakaran dalam tempoh seminggu mulai
9 Mac lalu. Ia termasuk kebakaran lalang masing-masing di Kg Beringgis (9 Mac), Kg
Surapit (12 Mac) dan Kg Manggis (14 Mac). Manakala, kebakaran belukar terjadi di
Kg Kopimpinan Kawang (10 Mac) dan Monfort Youth Training Center Kinarut (12 Mac)
dan Kg Manggis (13 Mac). Kebakaran hutan di Kg Langkawit (12 Mac) dan Kg
Berundong (13 Mac).
Kemarau di daerah ini turut menjejaskan sektor pertanian khususnya 93 orang
pesawah padi masing-masing di Mukim Limbahau (54.68 hektar) dan Mukim Biau
Padawan dengan kelausan kira-kira 30.22 hektar.
Dalam aspek pencegahan kebakaran, Jabatan Penerangan Negeri Sabah
khususnya Pejabat Penerangan Daerah melaksanakan Info On Wheels (IOW) di tiga
lokasi iaitu Kg Berundong, Kg Bambangan dan Kg Beringgis.
“Kerajaan Negeri Sabah sentiasa cakna dan akan terus memantau perkembangan bencana ini bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal. Justeru, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan, telah diaktifkan 24 jam di Aras 1, Bangunan Urus Setia Daerah Papar dan talian 088-914999.”-pr/BNN