KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri
Sabah pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada 30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.

Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, solat Isyak dan solat
sunat Tarawih berjemaah.

Pengisian majlis itu ialah Tazkirah Khas Nurul Al-Quran oleh penceramah jemputan dari
Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji Dr.Mohd Arifin
Mohd.Arif, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohamad
Hamsan Awang Supain, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri
Panglima Haji Yahya Hussin dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Haji Sulaiman Omar.-pr/BNN