TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan  Awang Gani Pg Amir (kanan) telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, Encik Mustapha Bastari di Felda Umas 1, Blok 10, Tawau yang rumahnya musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang 26 April 2024.
Hassan yang diiringi oleh pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sebatik dan pemimpin masyarakat setempat berharap Mustapha dan keluarganya terus tabah menerima ujian ini.-pr/BNN