KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau Kaamatan
Peringkat Negeri Sabah 2024 di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Khamis.

Kunjungan yang diketuai oleh pengerusi jawatankuasa itu, Joanna Datuk Kitingan bertujuan memberi taklimat kepada Juliah, program Pertandingan Unduk Ngadau
Kaamatan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 dan 31 Mei 2024.

Juliah berkata, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada jawatankuasa induk itu
dalam menjayakan program pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan.

Beliau berharap Jawatankuasa Induk Unduk Ngadau akan terus menambah baik pengisian dan program pertandingan itu. Hadir sama Unduk Ngadau 2023, Cik Carole Abby Gail Grimaldi.-pr/BNN