KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan 2024 Peringkat Negeri Sabah di Hongkod Koisaan KDCA di Penampang, pada Khamis.

Turut mengiringi ialah Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Yang turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir merasmikan majlis
Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA.-pr/BNN