KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meluangkan masa minum lewat petang
(high-tea) bersama Presiden-presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sering
mengadakan perjumpaan bersama Presiden-presiden parti komponen GRS bagi
membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri dan negara.-pr/BNN