KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMAXXI Sarawak diketuai oleh Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, DatoSri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Selain memberi taklimat persiapan Sarawak, Abdul Karim turut menyerahkan surat jemputanrasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak yang akan diadakan pada bulan Ogos dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Hajiji berkata, Sabah akan menghantar kontinjen terkuat menyertai SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak bagi memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Beliau yakin penganjuran SUKMA kali ini akan adalah dengan baik kerana Sarawak boleh
melakukan yang terbaik. Sementara Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak hanya tinggal 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di 9 bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei
Darussalam.

Rombongan Abdul Karim terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dan Timbalan Menterinya, Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk
Hii Chang Ker, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan
Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Encik Morshidi Fredrick dan Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Haji Semawi Mohamad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu
Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mansur Haji Asun.-pr/BNN