1. Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah menghormati kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan.
2. Sebagai makluman, PPN Sabah telah melaporkan beberapa isu melibatkan integriti penjawat awam yang turut terkait dengan kakitangan pengurusan di peringkat PPK, iaitu PPK Kalabakan, PPK Tawau dan juga PPN Sabah sendiri.
3. Ditegaskan, apa yang telah dilakukan oleh PPN Sabah adalah demi menjaga kepentingan awam melibatkan dana rakyat iaitu secara khususnya modal saham ahli yang tidak diurus dengan baik dan berintegriti diperingkat pengurusan PPK dan PPN sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada Pergerakan Pertubuhan Peladang.
4. Suka diingatkan juga bahawa, setiap perkara yang telah berlaku dan menjadi tindakan PPN Sabah adalah menjurus ke arah kegagalan Pengarah LPP Sabah yang sewajarnya menyelia tatakelola yang baik melibatkan kakitangan awam di bawahnya dan kakitangan awam yang ditempatkan di Pertubuhan Peladang di negeri Sabah.
5. Seharusnya, tindakan laporan PPN Sabah ini tidak terbeban kepada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) semua PPK yang terkait serta PPN sendiri, kerana ianya secara jelas meletakkan tanggungjawab kepada LPP Sabah dan kakitangan bawahan di bawah seliaannya sama ada di ibu-pejabat LPP Sabah atau yang ditempatkan di Pertubuhan Peladang di Sabah atas beberapa isu yang dibangkitkan. Antara isu itu ialah:
a) LPP Sabah menutup kes penyelewengan pegawainya yang ditempatkan di PPK Kalabakan.
b) LPP Sabah melindungi pegawainya yang ditempatkan di PPK Tawau berkaitan pelanggaran tatakelola bagi pembelian pusat timbang.
c) Mendakwa Pengarah dan ketua cawangan kewangan dan pentadbiran LPP Sabah melindungi pegawainya yang melakukan pelbagai kesalahan semasa ditempatkan di PPN Sabah?
6. PPN Sabah mengucapkan terima kasih diatas kenyataan PPK Kalabakan dan sedia untuk bekerjasama dengan PPK Kalabakan dalam mempertahan serta mengukuhkan tatakelola yang baik di Pertubuhan Peladang. Mungkin dengan kerjasama PPK Kalabakan dan PPN Sabah, akan dapat membantu pihak Kerajaan Perpaduan Madani melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini, serta dapat ditunjukkan semua bukti yang telah disebutkan dalam aduan PPN kepada kerajaan.
7. Sama ada dakwaan PPN itu benar berlaku atau sebaliknya, seharusnya semua pihak meletakkan kepada pihak berkuasa kerajaan untuk membuat semakan dan siasatan. PPN Sabah bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi mengangkat tatakelola perkhidmatan awam keperingkat yang lebih tinggi.
8. PPN Sabah menyahut gesaan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang bertegas bahawa ketua jabatan atau ketua unit jangan melindungi, jika berlaku ketirisan atau pelanggaran terhadap tatakelola dalam jabatan kerajaan.
9. Pengerusi dan semua Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN Sabah menyokong dan mendukung kuat Kerajaan Perpaduan Madani pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengangkat negara Malaysia ke arah lebih cemerlang dan dipercayai oleh semua pihak, sama ada dalam negara serta melibatkan pelabur asing yang banyak melabur di Malaysia, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi untuk membantu ekonomi rakyatnya.
10. PPN Sabah penuh yakin dengan sokongan kenyataan daripada PPK Kalabakan, kerajaan akan lebih cepat untuk bertindak berkaitan perkara ini dan segera menjalankan siasatan, dan diharapkan ianya dapat dilaksanakan bermula esok, 24 Jun 2014.-pr/BNN