PAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha dengan beramal dan
santuni pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU)
Kimanis pada Isnin.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang juga Yang Di-
Pertua MUTIARA GRS menyempurnakan majlis itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan MUTIARA GRS sebanyak RM2,000 kepada
Lembaga Pelawat KLPOKU Kimanis, masing-masing RM1000 kepada Pertubuhan
Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Papar dan PPDK Membakut.

Juliah juga menyerahkan sumbangan tajaan daripada pemimpin dan ahli-ahli MUTIARA
GRS berupa peralatan sukan dan mesin basuh serta bun cremos sumbangan Kim Teck
Cheong (KTC) Consolidated Berhad kepada KLPOKU Kimanis.

Antara pengisian Majlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS ialah taklimat oleh
Penguasa KLPOKU, Puan Dayangku Suhaila Pg Suhaimi, persembahan oleh para
pelatih, makan tengah hari dan penyerahan “goodies bag” kepada seramai 48 pelatih.

Juliah dan anggota MUTIARA GRS turut melawat kelas-kelas kemahiran dan latihan
vokasional yang disertai para pelatih dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am Negeri, Encik Jais Asri
dan Timbalan Pengarah (Operasi) Encik Ali Hassan Kahar.