KOTA KINABALU: Bung Moktar dilihat seolah-olah cuba menjadikan Parti UMNO Sabah sebagai Syarikat Sdn Bhd miliknya, menurut  Datuk Zulkarnain Mahdar Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57)
“Walaupun kenyataan ini mungkin sukar diterima oleh pimpinan UMNO pro kepada Bung namun ini adalah hakikat sebenar yang terpaksa diterjemahkan untuk memberikan kesedaran kepada seluruh ahli-ahli UMNO di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas mengenai amaran Bung kepada UMNO Tuaran selepas menjemput Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor hadir pada perasmian mesyuarat UMNO bahagian baru-baru ini adalah satu keputusan dan tindakan yang tepat.
“Teguran Bung sebenarnya dilihat jelas menunjukkan Bung sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.”
“Ini juga sebenarnya adalah petanda UMNO di Sabah telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan pro kepada Shafie dan pro kepada Hajiji walaupun perkara ini cuba dinafikan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi.”
“Sebagai salah seorang bekas aktivitis akar umbi UMNO sejak sekian lama saya berpendirian Bung adalah liabiliti sebenar sehingga UMNO Sabah dilihat semakin hari semakin melemah.”
Sebagai contoh sikap Bung mendahului Ahli Majlis Tertinggi UMNO didalam membuat keputusan mahu bekerjasama dengan Parti Warisan bagi menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN-17 di Sabah.
Langkah kudeta bersama Parti Warisan tenpoh hari malahan banyak lagi tindakan yang dibuat oleh Bung secara jelas menunjukkan UMNO kini diketuai oleh orang yang salah.
Kedegilan Bung Moktar berkerjasama dengan Parti Warisan Sabah walaupun seringkali diingatkan oleh Presiden UMNO tidak akan ada bekerjasama dengan mana-mana parti sehingga PRN akan datang menunjukkan sikap angkuh Bung.
Bung seharusnya bermuhasabah kenapa ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO meninggalkan UMNO Sabah ketika ini.
Tindakan pemimpin dan ahli-ahli keluar UMNO sebenarnya adalah satu mesej yang sangat jelas  bahawa mereka telah menolak kepimpinan Bung.
“Oleh sebab itu saya secara konsisten mencadangkan agar Presiden UMNO segera menukar Bung dan menggantikannya dengan pemimpin lain.”
Corak pimpinan kasar Bung juga menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin tawar hati dengan UMNO malahan dengan izin Allah jangkaan saya UMNO Sabah bekemungkinan akan kekal sebagai Parti pembangkang selepas PRN-17 nanti.-pr/BNN