KOTA KINABALU. Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) akan mendaftarkan semua ahlinya dengan caruman SPS Seni 3.0 PERKESO.

SPS Padanan Caruman merupakan skim yang disediakan oleh PERKESO dimana 90%
(RM209.50) caruman dibiayai oleh Kerajaan manakala baki 10% (RM23.30) perlu dibayar
oleh individu atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) bagi mendapatkan perlindungan selama 12
bulan (1 tahun). Melalui inisiatif FINAS, baki 10% tersebut akan dibiayai oleh FINAS apabila
pencarum didaftar secara berkumpulan melalui persatuan.

Ketika berucap pada mesyuarat, Chester Pang mengucapkan terima kasih kepada FINAS dan PERKESO kerana mengambil berat dengan kebajikan para penggiat seni terutamanya
pekerja belakang tabir khasnya di Sabah yang kebanyakannya bekerja sendiri. Dengan
adanya perlindungan insuran ini sudah pasti para pencarum akan rasa terlindung jika
berlaku seberang kecelakaan.

Chester yang juga merupakan presiden KKFVA turut berjanji akan terus berusaha
mendapatkan lebih banyak peluang untuk para penggiat tempatan mendapat pekerjaan
terutamanya dari agensi Kerajaan seperti RTM.

Beliau berkata, tahun lepas daripada lebih kurang 47 tawaran projek RTM, Sabah hanya
mendapat 1 tawaran dan tahun ini daripada lebih kurang 98 yang ditawarkan, Sabah hanya
mendapat lebih kurang 3 walaupun lebih daripada 30 permohonan yang telah menyertai
sesi pitching di Kuala Lumpur.

Terdahulu, semua ahli bersetuju untuk menaik-taraf nama persatuan kepada Persatuan
Filem dan Visual Sabah (SAFVA) bagi membolehkan persatuan memperluaskan aktiviti-
aktiviti seni digital keseluruh Sabah.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Katak Chua, Penasihat KKFVA, Jass Tarmin Ketua
PROFIMA Sabah, Nadira Ilana Penerbit dan pengarah filem, barisan ahli jawatankuasa serta
ahli-ahli KKFVA.-pr/BNN