KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.

Pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.

Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang- undang kepada Ketua Menteri.

Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020.-pr/BNN