KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(SPANS) untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa 1 Julai 2024.

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan
Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada 7 orang Ahli SPANS yang dilantik, 2 adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick
Tan Su Teck dan Puan Luvita Koisun.

5 Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken
Liam, Haji Awang Jami @ Awang Shamsi, Encik Ariffin Gadait dan Encik Iman Bin Ali.
Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji
Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar
Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman
dan Setiausaha SPANS, Puan Diana Daria Amit.-pr/BNN