KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa melawat atlit berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan
semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite Majestic
Hotel pada Sabtu.
Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu
Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri
Panglima Sr.Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan
Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.
Akmal, 17 dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai-
ramai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.
Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat
sembuh. Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching.
Sementara itu Hajiji menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di
Stadium Sarawak, Petra Jaya.
Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang
terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.
Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan
mahu atlit negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi
untuk mengharumkan nama Sabah.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna warni yang
memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam.