KOTA KINABALU: Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyakRM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji  Noor.

Mengumumkan perkara itu, beliau berkata kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar pemintaan daripada pesara selain jasa khidmat bakti merekaselama ini.

“Dalam pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus.Saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yangtelah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya ketika merasmikanMesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad(KOPEKS) di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Rabu.

Terdahulu, beliau mahu KOPEKS terus merancang beberapa perniagaan baharu ataumempelbagaikan lagi perniagaan koperasi khususnya dalam era mencabar masa kini.

“Jaringan kerjasama dengan agensi perniagaan lain juga perlu dijalin dengan baik sertamengekalkan tahap tadbir urus yang baik dan amanah dalam koperasi. Sayadimaklumkan bahawa KOPEKS pada tahun 2023 telah menyediakan pelan strategi perniagaan bagi 2024-2026, yang meliputi bidang perniagaan, pelaburan danpembangunan perniagaan baharu.

“Ini termasuk usaha KOPEKS membangunkan dua bidang tanah yang sedia adamasing-masing di Menggatal dan Lahad Datu untuk perumahan yang boleh dibeli olehahli dan orang ramai.

“Usaha ini amat baik dan saya yakin dengan bermulanya projek itu nanti, sudah pastiKOPEKS juga turut seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Negeri Sabah iaituHala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. Sehubungan itu beliau yakin kepimpinan KOPEKS hari ini mampu memenuhi keperluan ahli dan memperkukuh reputasi koperasi.

“Pengurusan yang cekap, komited dan berintegriti dalam setiap aspek akanmeningkatkan kestabilan kewangan dan memberi manfaat berterusan kepada ahli dan komuniti. KOPEKS yang kini sudah mencapai usia 61 tahun dan sebagai koperasi tertuadi negeri ini perlu terus kekal relevan dan menjadi pilihan kepada penjawat awam.

“Koperasi ini pernah mencapai sehingga 20,000 ahli dalam era akhir 70-an dan 80-an.Saya masih ingat pada ketika itu, KOPEKS turut menyediakan kemudahan pembiayaankredit dan berbagai kemudahan lain kepada ahlinya. Ini merupakan sejarah besar KOPEKS.

“Walaupun bilangan ahli yang aktif ketika ini seramai 5,898 orang, saya percaya ini akan menjadi sumber kekuatan kepada KOPEKS. Jika ahli bersatu dan memberi sokongan kepada pengurusan serta kepimpinan koperasi, saya yakin KOPEKS akan mengekalkan kejayaan dan kecemerlangannya,” katanya.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana hampir 90 peratus ahli telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh KOPEKS, khususnya bagi tujuan menampung pengajian anak ahli yang melanjutkan pelajaran, menampung kos perubatan dan membaikpulih rumah khusus bagi ahli yang akan bersara.

“Selain itu, program lain yang turut disediakan seperti pembiayaan kredit, pembiayaan menunaikan umrah, program pelancongan anggota, tabung Khairat bagi ahli yang meninggal dunia, insentif pendidikan, sumbangan kepada asnaf dan anak yatim,”katanya.-pr/BNN