KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis
Tertinggi (AMT) GRS di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Jumaat.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengerusi GRS yang juga Presiden- presiden parti komponen gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey
Kitingan (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)), Datuk Seri Panglima Dr. Joachim
Gunsalam (Parti Bersatu Sabah (PBS)), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Parti
Maju Sabah (SAPP)). Naib-naib Pengerusi yang hadir terdiri daripada Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Datuk Chin Su Pin yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Hadir sama Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum, Setiausaha, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Bendahari, Ardino Diris, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan AMT-AMT lain. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah penubuhan Jentera Pilihanraya Pusat (Negeri) dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya.-pr/BNN