KUNDASANG: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat
Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin
Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyantuni 77 kanak-kanak termasuk 10
pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau, pada Majlis Jamuan Hi-Tea
sempena sambutan Hari Krismas di Hotel Perkasa Kundasang, di Kundasang pada
Rabu.

Kanak-kanak terbabit adalah dari Rumah Kanak-Kanak Don Bosco seramai 35 orang
manakala 12 dari Tadika Tunas Pelita Don Bosco dan masing-masing 10 kanak-kanak
dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan serta DUN Paginatan.

Ini adalah program kali kedua MUTIARA GRS sempena sambutan Krismas dengan kali ini
memilih kanak-kanak di kawasan luar bandar untuk sama-sama bergembira meraikan
perayaan itu. Sambutan yang sama telah diadakan di Rumah MUTIARA GRS pada
tahun 2023. -pr/BNN