TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan
sumbangan kotak limau mandarin kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun
Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, di sini,
pada Sabtu.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan kepala singa dan limau mandarin
antaranya kepada tokong, persatuan singa, persatuan pesara dan persatuan
masyarakat Cina di sekitar Tuaran.

Program anjuran Lions Club Tuaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri
Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Pelaksana merangkap Presiden Lions
Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.-pr/BNN