KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan
(MIDE) merancang untuk mengadakan empat Karnival Usahawan Mikro, Kecil dan
Sederhana pada tahun ini.
Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Thomas Logijin berkata karnival itu akan
diadakan di Tawau, Tuaran, Kudat dan Keningau.
Dalam taklimatnya sempena lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji
Hajiji Haji ke MIDE, Logijin berkata sebanyak 8,031 usahawan PKS pada masa
iniberdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan
(DIDR),MIDE.
Beliau berkata pelbagai program telah dirangka untuk membantu PKS di Sabah, seperti
program SME-Up, kursus pembangunan usahawan, Kempen Beli Produk Sabah,
pemasaran dan promosi produk PKS Sabah di pasar raya tempatan,Bataras, Kedai
Mesra Petronas dan SMEs Product Centres.
Beliau berkata kementerian juga telah mengenal pasti 87 usahawan untuk menyertai
pelbagai bidang perdagangan dan ekspo dunia di luar negara untukmemasarkan produk
mereka ke pasaran antarabangsa pada tahun ini.
Sebagai mengakhiri lawatan kerjanya ke semua kementerian di negeri ini, Hajiji memuji
usaha MIDE dalam membawa pelaburan asing dan domestik ke Sabah termasuk untuk
menjana pendapatan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
“Kementerian ini penting kerana ia menjana pendapatan negeri, dan berdasarkan
kepada taklimat hari ini, nampaknya mereka amat bekerja keras selaras dengan Hala
Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.
“Apa yang penting, semua perancangan mesti dilakukan secara sistematik, dan pada
masa yang sama, ia bukan saja menguntungkan syarikat yang lebih besar tetapi juga
untuk PKS,” katanya
Ketua Menteri mahu MIDE terus memberi tumpuan untuk membangunkan PKS
tempatan dan membantu mereka mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.
Beliau juga mengarahkan Kementerian untuk meneruskan cadangan pembinaan tiga taman perindustrian baharu di Kudat, Beaufort, dan Kota Belud.
“Sabah akan dapat meningkatkan statusnya apabila taman perindustrian baharu ini
dibina dan beroperasi,” katanya.
Ketua Menteri turut diberi taklimat oleh ketua agensi masing-masing di bawah MIDE,
seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO); KKIP Sdn Bhd; Kluster
Industri Minyak Sawit Lahad Datu (POIC); Perbadanan Kemajuan Minyak dan Gas
Sabah; Invest Sabah Berhad dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sabah
Singapura (STTOS).
Hadir sama Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong
Jin Zhe; Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pembangunan Luar
Bandar, Datuk Jahid Jahim serta pembantu menteri dan ketua jabatan dan agensi.-pr/BNN