KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 14.3 dan Kilometer 11.2 Jalan Kimanis – Keningau di sini petang Khamis.
Beliau turut diberi taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai
berkaitan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan cerun runtuh yang dilakukan di
kawasan berkenaan.
Ketua Menteri melakukan tinjauan itu ketika dalam perjalanan ke Keningau untuk
menghadiri Majlis Berbuka Puasa Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan
Ketua Menteri dengan kerjasama Kim Teck Cheong Consolidation Berhad kali kedua
Tahun 2025 di Kompleks Sukan Keningau.
Pada masa ini kerja pembersihan jalan dan pembaikan cerun runtuh lokasi berkenaan
kini hampir siap sepenuhnya dan difahamkan laluan itu akan dibuka dalam masa
terdekat ini bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Untuk rekod, Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 ditutup sepenuhnya sejak 8 Mac
lalu manakala laluan di Kilometer 14.3 telah ditutup sejak 4 Mac selepas runtuhan cerun
menyebabkan kalan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.-pr/BNN