KOTA KINABALU: Pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri jatuh pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2025, maka hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am.
Menurut Kenyataan yang di keluarkan Kerajaan Negeri, sekiranya hari berikutnya juga adalah hari kelepasan am, maka tarikh 2 April 2025 sebagai hari kelepasan am bagi Negeri Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56). -pr/BNN