KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) telah menganjurkan program memasak dan mengedar bubur lambuk di kampusnya di Sembulan, baru-baru ini.
Aktiviti ini turut disertai oleh Naib Canselor UCSF, Datuk Dr Rafiq Idris, kakitangan serta pelajar UCSF.
Aktiviti memasak bermula pada waktu pagi dan mengambil masa beberapa jam sebelum dibungkus untuk diagihkan kepada kawasan kejiranan di sekitar kampus Sembulan.
İni termasuklah agihan bubur kepada para pelajar dan kakitangan UCSF, kolej-kolej berhampiran, sekolah berhampiran, serta individu di beberapa lokasi strategik di Sembulan dibuat pada waktu petang.
Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan program berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga UCSF.
Dalam pada itu, Dr Rafiq berkata, program seumpama ini merupakan aktiviti tahunan universiti yang melibatkan pelajar dan kakitangan universiti.
“Ianya dapat mengeratkan dan  mengukuhkan sılaturahim di kalangan pelajar dan kakitangan UCSF serta warga Sembulan berhampiran”, katanya.
Turut hadir pada majlis berbuka puasa itu ialah Ahli Lembaga Pengarah UCSF, Encik Douglas Joinol.-pr/BNN