SIPITANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan Kerajaan GRS-PH sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat.

Beliau berkata, ia sejajar dengan pendekatan kerajaan pimpinannya itu yang sentiasa
mengambil peduli soal masalah rakyat dan membantu mereka yang susah atau miskin.

Katanya, walaupun kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha memajukan negeri dan
membangunkan ekonomi, ia tidak sekali-kali meminggirkan usaha membantu rakyat
yang memerlukan pembelaan.

“Sebagaimana biasanya dalam bulan Ramadan, apapun yang kita lakukan bagi
mengimarahkan bulan ini, kita tidak boleh lupa mereka yang kurang mampu.

“Itulah sebenarnya antara fadilat berpuasa supaya kita menginsafi bahawa ada
kalangan rakan kita yang memerlukan atau masih dalam keadaan susah. Kerana itulah
dalam bulan Ramadan ini pelbagai acara kita adakan bagi menyantuni rakyat yang saya
maksudkan ini.

“Dalam kerajaan, kita mempunyai satu dasar atau polisi di mana kerajaan ini, saya
anggap sebagai kerajaan rakyat, kerajaan yang peduli masalah rakyat. Selain tumpuan
kita untuk membina atau membangunkan ekonomi kita dengan pelbagai cara, rakyat
miskin atau yang susah ini perlu dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua
Menteri di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sipitang pada Khamis.

Hajiji berkata, sejajar dasar peduli rakyat yang diterapkan GRS-PH, kerajaan menggubal
polisi menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, bermula dari anak yang
baru lahir hinggalah golongan dewasa.

Katanya, bagi anak yang baru lahir, kerajaan menyediakan tabung pendidikan sebagai
bekalan apabila mereka memasuki alam persekolahan.

“Kita wujudkan tabungan pendidikan kepada anak yang baru lahir. Mungkin ramai yang
tidak tahu perkata ini, tapi kita memang ada bantuan untuk mereka. Itulah kita panggil
kerajaan ini sebagai kerajaan peduli rakyat, kerana dari yang baru lahir hinggalah rakyat
yang tua dan tidak mampu kita bantu,” katanya.

Jelasnya, banyak sudah dilakukan kerajaan yang menjurus kepada peduli rakyat,
termasuk bantuan kewangan RM300 sebulan selama setahun kepada rakyat miskin
tegar pada tahun ini.

Terbaru, katanya Kabinet Negeri pada Rabu meluluskan Bantuan Khas Kewangan
kepada penjawat awam negeri sebanyak RM500 untuk sambutan Aidilfitri bulan ini dan
RM500 lagi sempena Kaamatan pada Mei depan.

Sementara itu, Hajiji berkata kedudukan Sipitang yang bersempadan dengan Sarawak,
selain dekat dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia memberi kelebihan kepada
daerah ini.

Kedudukan strategik itu, katanya antara yang mendorong pelabur datang ke daerah ini
untuk melabur dalam industri minyak dan gas, khususnya di Taman Perindustrian
Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Hasilnya, katanya taman industri itu sudah penuh dan sekarang pihak berkuasa di
SOGIP memohon kawasan baharu untuk mengembangkan industri minyak dan gas di
daerah ini.

“Di Sipitang, SOGIP sudah penuh dan ia memohon untuk tambah lagi kawasan tanah.
Kalau tiada tanah di sini, kita buka satu taman baharu dekat Beaufort, ini sudah
dibincang dalam Kabinet kerana tiada tempat untuk pelabur sudah.

“SOGIP penuh ketika kerajaan GRS-PH, maknanya Sipitang mempunyai masa depan
cerah sebab kawasan ini nanti akan terbangun banyak aktiviti ekonomi. Dari situ alirankewangan dari aktiviti ekonomi mengalir kepada rakyat, peniaga restoran, gerai dan lain- lain lagi, ramai yang akan mendapat manfaatnya nanti,” katanya.Sempena majlis itu,

Hajiji turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan asnaf, anak yati dan mangsa bencana banjir.-pr/BNN