KOTA KINABALU:  ASEAN Chamber of Commerce (ACCI) Sabah Chapter menyeru usahawan tempatan segera meneroka platform dan pasaran alternatif untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sehingga 24 peratus ke atas negara ini.
Yang Di-Pertua, (ACCI) Sabah Datuk Nordin Ening bersependapat dengan Presiden ACCI Malayasia Dato Sohaimi Shahdan bahawa pasaran yang dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk diteroka usahawan tempatan itu termasuk negara-negara ASEAN, Afrika, Asia Tengah dan Asia Barat.
“Kita perlu lihat ke arah pasaran yang lebih terbuka dan stabil yang mana negara-negara ASEAN, Timur Tengah (Asia Barat), Asia Tengah dan Afrika menawarkan ruang besar kepada produk Malaysia, khususnya dalam sektor halal, makanan, teknologi dan perkhidmatan, pelancongan dan pendidikan.
ACCI Sabah sedang merancang perdagangan dua hala di antara Khazakstan dan Sabah bersama Kementerian Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
“Khazakstan adalan negara Double Landlocked dan rakyatnya amat dahagakan keindahan pulau dan pantai yang terdapat di Sabah” ujar Nordin disamping terdapat nya penerbangan terus daripada Kuala Lumpur ke Almaty, Khazakstan ketika ini.
“Kerajaan perlu lihat lebih luas pasaran baharu untuk bantu usahawan Malaysia. Pasaran AS bukan lagi pasaran yang boleh diharapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-pr/BNN