KOTA KINABALU: Ribuan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun
2025M/1446H di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri
Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah
Faridah Haji Tussin.

Majlis itu yang dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan
isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag turut menyampaikan sumbangan
kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf daripada 9 buah institusi
kebajikan sekitar kawasan pantai barat.

Dalam ucapannya semasa beramah mesra dengan para pengunjung, Hajiji mengajak
rakyat berbilang kaum menggunakan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai platform
untuk mengeratkan lagi perpaduan dan persefahaman.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima
Haji Kadzim Haji M.Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima
Dr.Jeffrey G.Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam dan Datuk
Ir.Shahelmey Yahya serta menteri-menteri kabinet negeri.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2025 dihadiri oleh kira-
kira 20 ribu pengunjung itu, diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian.

Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah Raya termasuk hidangan tradisi
lemang, ketupat dan sate serta pelbagai jenis kuih-muih.-pr/BNN