KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa
Haji Aman menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 16 di Bangunan DUN Sabah pada Khamis.

Majlis itu turut dihadiri oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin,
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima
Datuk Hajah Juliah Salag, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji
M.Yahya dan tetamu lain.

Terdahulu Musa menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormatan di Dataran
DUN.

Selepas istiadat perasmian, Musa dan Hajiji kemudiannya menghadiri Majlis Jamuan
Aidilfitri DUN Sabah di Dewan Bankuasi DUN Sabah.-pr/BNN