TUARAN: Lebih daripada 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan
keluarganya di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.

Majlis yang diserikan oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh
Puan Faridah Tusin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta penyanyi
terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.

Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak
kurang bernasib baik di daerah tersebut.

Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai
di rumah terbuka tersebut yang menurutnya merupakan acara tahunan bagi
membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan untuk merayakan Hari Raya bersama.

“Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita,” katanya.
Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri,
Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para
pemimpin masyarakat.–pr/BNN