KOTA KINABALU: Beberapa hari yang lalu, Ketua Pengarah (KP) SPRM, Tan Sri Azam Baki melaporkan perkembangan terkini siasatan isu rasuah ADUN-ADUN di Sabah. Sebaik sahaja KP SPRM melaporkan dapatan terkini sepanjang proses siasatan berjalan, seperti biasa pihak Pembangkang ‘mula mengambil alih tugas SPRM’ dengan mengeluarkan bunyi, yang pada saya kedengaran DANGKAL dan GEMPAK!
2. Saya katakan dangkal kerana, rata-rata gesaan dan kenyataan yang dibuat benar-benar menggambarkan mereka tidak tahu perihal proses undang-undang! Contohnya, Pengarah Komunkasi Strategik UMNO Sabah, meminta agar SPRM segera membuat tangkapan dan dakwaan terhadap sembilan ADUN yang dituduh. Sedangkan tiada keperluan begitu! Satu lagi contoh kedangkalan terhadap undang-undang ialah YB Calvin Chong, ADUN Elopura yang mendakwa Ketua Menteri pura-pura bodoh berkaitan video yang sedang disiasat! Perlakuan ADUN Elopura ini jelas memaksa Ketua Menteri membuat kenyataan berhubung perkara ini!
4. Selain itu, dikhabarkan juga dalam media oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, bahawa ADUN-ADUN UMNO Sabah akan menggegarkan sidang DUN minggu depan berkenaan isu pemberian lesen perlombongan mineral ini! Bunyinya kedengaran gempak-gempita dan bersungguh-sungguh meminta perhatian rakyat seolah-olah ADUN-ADUN ini bersalah! Hakikatnya, ini hanyalah mainan persepsi pembangkang!
5. Saya cadangkan kepada YAB DSP Hajiji Noor dan ADUN berkenaan, tidak perlulah melayan sebarang gesaan dari Pembangkang ini! KP SPRM pun telah memberi jaminan bahawa hasil siasatan akan diperolehi dalam waktu terdekat. Lagipun, Ketua Menteri sebelum ini telah menegaskan, tiada apa-apa perkara hendak disembunyikan!
6. Selain itu, jauh di lubuk hati saya tertanya-tanya, apa agaknya reaksi pembangkang sekiranya keputusan hasil siasatan itu tidak memihak kepada kehendak mereka? Saya jangkakan, Pembangkang akan mula menyebarkan naratif, iaitu “semuanya sudah dijangka… SPRM sudah ‘kautim’”! Percayalah! Walhal, semua proses siasatan sudah dijalankan meskipun pihak Pemberi Maklumat tidak mengikut SoP Siasatan SPRM yang sebenarnya, iaitu membuat laporan rasmi ke agensi berkenaan ketika awal-awal kes ini mendapat liputan. Apa sebenarnya tujuan Albert Tei melakukan demikian? Pembaca mungkin boleh menjangka sendiri rasional sebalik tindakan ini.
7. Sesungguhnya, naratif begini tidak lain hanyalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar mempercayai bahawa keputusan ini sudah diatur bagi melepaskan ADUN-ADUN yang dituduh!
8. Kesinambungan dari itu juga, adakah Pembangkang dan para pembaca tidak pernah terfikir, bahawa kesan permainan politik persepsi begini boleh memburukkan imej SPRM? Akan datang, organisasi mana lagi yang diharapkan? Al-hasil, rosak minda masyarakat kita!
9. Namun saya berkeyakinan, sebagaimana kenyataan saya sebelum ini (Rujuk kenyataan saya di Facebook bertarikh 6 Februari 2025), bahawa YAB DSP Hajiji dan ADUN-ADUN yang dituduh dan fitnah tidak bersalah! Rujukan saya mudah.. Akta SPRM 2009. Berdasarkan akta ini, saya lihat banyak kecacatan dalam kes ini untuk mewujudkan prima facie.
10. Justeru itu, saya syorkan, agar Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, ADUN Elopura, penyokong pembangkang dan para pembaca sekalian, bacalah dan fahami isi kandungan di dalam Akta SPRM 2009 tersebut. Lakukan kajian, adakah komplot pembunuhan karektor yang dilaksanakan oleh Albert Tei melalui video yang dihantar (telah disunting) kepada portal berita MalaysiaKini bertepatan dengan konsep rasuah di dalam Akta tersebut? Dan jangan lupa, belajarlah tentang bagaimana proses dan prosedur suatu siasatan dijalankan bagi mengelak sebarang salah faham berlaku akibat persepsi yang ditimbulkan. Kerana saya bimbang, bunyi dangkal dan gempak dari pembangkang terus kedengaran pada masa akan datang malah meracuni minda rakyat jelata. Akhirnya yang akan rugi adalah negeri kita! Disinilah kita akan sedar, betapa pentingnya sebuah kebenaran!
Aksyah Hj Nasrah
Mantan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)/Perikatan Nasional (PN) Sabah
Pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS)