KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melancarkan
Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.

Pelbagai program telah diatur semasa karnival yang berlangsung dari 18 hingga 20
April, termasuk pameran oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta di perkarangan masjid.

Hajiji, yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif serta
Pengerusi Masjid Bandaraya Datuk Paiman Abd Karim, juga melawat gerai-gerai
pameran selepas majlis pelancaran.-pr/BNN