KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, “Kita berpegang kepada prinsip bahawa kerajaan negeri Sabah seharusnya dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat — tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.
Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)
adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti- parti tempatan lain yang sehaluan, kata nya.
“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah.”
“Apa yang GRS perjuangkan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah. Seperti yang sering saya tekankan, Kerajaan Negeri hari ini perlu terus diperkukuhkan kerana ia membawa kestabilan dan mewakili satu bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.”
Mengenepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi.
“Sehubungan itu, GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat
untuk menetapkan hala tuju gabungan ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang. GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti- parti yang membentuk kerajaan negeri semasa untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka,” tegasnya.-pr/BNN