KOTA KINABALU: Dua syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa,
Halliburton dan Kumpulan DPI telah bekerjasama dengan syarikat tempatan, Jalinan
Enigma Sdn Bhd untuk menawarkan penyelesaian bagi sektor minyak dan gas di
Sabah.

Delegasi dari ketiga-tiga syarikat, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Halliburton
Asia Pasifik, Martin White memaklumkan perkara ini kepada Ketua Menteri semasa
mereka bertemu di Menara Kinabalu hari ini.

Mereka juga memklumkan kepada Ketua Menteri mengenai skop kerja yang
merangkumi intervensi, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran
telaga.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Pengarah Urusan DPI Group, KY Doucet dan
Pengerusi Jalinan Enigma, Yong Khen San serta pengarah-pengarahnya,
Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman dan Clive Jublee.-pr/BNN