KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi
jaminan bahawa tahap keselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi
tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku selama beberapa tahun ini.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar
Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di pejabatnya di Menara
Kinabalu pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri juga berasa gembira mendengar bahawa negeri
Sabah terus menjadi destinasi penting bagi pelawat Perancis, menjadikannya yang
ketiga bagi ketibaan pelawat Eropah ke Sabah, selepas United Kingdom dan Jerman.
Ketibaan pelawat Perancis pada suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan
sebanyak 26.8 peratus kepada 2,116 orang berbanding 1,669 untuk tempoh yang sama
pada tahun lalu, dan jumlah ini terus meningkat.
Hajiji yakin promosi yang berterusan dengan lebih proaktif dan agresif sudah pasti akan
membantu dalam peningkatan kehadiran pelawat Perancis ke Sabah Eldeen Husaini yang berasal dari Kuala Lumpur dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis pada April 2024.
Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja Hajiji dan Eldeen mengadakan perbincangan mengenai pelbagai peluang kerjasama strategik antara Sabah dan Perancis, termasuk dalam bidang pelancongan yang akan membawa manfaat bersama kepada rakyat negeri ini.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Ketua Pegawai Eksekutif STB, Encik Julinus Jeffery Jimit, Pengarah Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah, Oceania), Tourism Malaysia, Akbal Setia dan Pengarah Tourism Malaysia Paris, Puan Zalina Ahmad.-pr/BNN