KENINGAU: Prihatin terhadap beban rakyat yang memerlukan rawatan lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Annuar Ayub Aman menyalurkan sumbangan ikhlas kepada Peturus Limbagon @ Petrus yang akan menjalani rawatan di Hospital Kerajaan Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu, Sabah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM) Liawan, Heldahwati Juhasin, mewakili Annuar, dalam satu penyerahan ringkas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, di sini hari ini.
Bagi pihak keluarga, sumbangan diterima oleh Anne Limbagon yang hadir mewakili Petrus. Beliau melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan wakil rakyat Liawan itu yang sentiasa peka terhadap keperluan rakyat.
“Kami sekeluarga amat menghargai bantuan ini. Ia sangat membantu meringankan beban perbelanjaan perjalanan dan rawatan di Kota Kinabalu. Terima kasih Annuar kerana sentiasa ada untuk rakyat,” kata Anne.
Annuar yang dikenali dengan pendekatan kepimpinan berasaskan tindakan dan empati terus berpegang pada prinsip tiada rakyat yang ditinggalkan, sama ada dalam hal pembangunan mahupun kebajikan.
“Inilah bukti bahawa keprihatinan beliau bukan retorik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata. Semoga urusan rawatan Petrus dipermudahkan dan diberi kesembuhan,” ujar Heldahwati.
Melalui kepimpinan Annuar, keseimbangan antara pembangunan fizikal dan kebajikan rakyat terus menjadi teras pentadbiran DUN Liawan. Slogan “Liawan Terurus, Liawan Maju” bukan sekadar kata-kata, tetapi realiti yang semakin dirasai masyarakat setempat.- pr/BNN