KENINGAU: Komitmen terhadap pembangunan sukan akar umbi diterjemahkan melalui sumbangan Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keningau Station kepada Persatuan Bola Sepak Kampung Baginda, Bingkor.
Sumbangan tersebut bertujuan membantu menampung kos penyelenggaraan padang bola sepak kampung berkenaan demi memastikan kemudahan sukan sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan oleh komuniti setempat, khususnya golongan belia.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua PDM Keningau Station, Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles, yang juga Pengerusi Tetap StarSabah Bahagian N.40 Bingkor.
Bantuan itu telah diterima oleh Bendahari Persatuan Bola Sepak Kampung Baginda, Johan Recto.
“Kami amat menghargai keprihatinan dan sokongan daripada StarSabah, khususnya PDM Keningau Station.
Sumbangan ini memberi nafas baharu kepada usaha kami menyelenggara dan memanfaatkan padang bola sepak untuk aktiviti pembangunan belia,” ujar Johan.
Sokongan seperti ini membuktikan bahawa perhatian terhadap pembangunan belia dan sukan tidak pernah dipinggirkan, malah terus diberi keutamaan dalam agenda kemasyarakatan parti.-pr/BNN