PAPAR: Program Malam Santai Rohani sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah Papar berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai tetamu kehormat.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar pada Ahad itu, menghimpunkan kira- kira 1,000 pengunjung bagi menghayati semangat hijrah melalui pendekatan santai dan rohani.

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum disusuli persembahan nasyid oleh kumpulan INFAQ dan segmen Bicara Santai bersama pendakwah tersohor tanah air – Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Nabil Ahmad.

Turut memeriahkan majlis ialah persembahan khas kumpulan nasyid terkenal, InTeam, serta penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah kategori lelaki dan perempuan kepada Datuk Haji Abd Jaafear @ Abd Jaafar Henry dan Ustazah Hajah Jamilah Haji Abdul Razak.Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Samad Jamri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Khan Bahadar, ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji Daya, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri, Encik Azrul Bin Ibrahim dan Pegawai Daerah Papar, Encik Muhammad Haji Mohd Ali.-pr/BNN