KENINGAU: Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yosiamin Manjamain menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bagi menyertai Program Bakti Kor SUKSIS 2025 di Ranau.

Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Masyarakat UPPM Liawan, Hairul Ahmad Syam dalam satu majlis ringkas di Pejabat UPPM Liawan.

Program berimpak sosial itu dijadual berlangsung Ogos ini di beberapa lokasi sekitar Ranau termasuk Kampung Kilimu, Masjid Tanah Merah dan SMK Ranau.

Menurut Hairul, sumbangan tersebut membuktikan komitmen Annuar dalam membina sahsiah dan semangat kesukarelawanan belia, selari dengan visi Liawan Terurus, Liawan Maju. – pr/BNN