KENINGAU: Keluarga mendiang Welfred Joacim di Kampung Kuangoh, Bingkor menerima sumbangan kewangan dan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan disampaikan menerusi Pengerusi JKKK kampung, Dabie Ujoh, sebagai wakil Robert, disifatkan sebagai bukti keprihatinan pemimpin terhadap rakyat yang sedang berduka.
Mendiang Welfred menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.
“Inilah makna sebenar kepimpinan – hadir saat rakyat memerlukan, bukan hanya ketika senang. Terima kasih, YB Datuk Robert,” kata Dabie mewakili keluarga.
Di Bingkor, kasih pemimpin terus dizahirkan bukan sekadar janji, tetapi melalui tindakan menyentuh hati rakyat.-pr/BNN