KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat majlis Raja- Raja ke-269 di Istana Negara, pada Rabu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, hari ini.

Pada Isnin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke- 146 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya. – pr/BNN